22 September 2010 - 20:30

Sehari setelah serangan pengganas di barat laut kota Mahabad Iran, Kementerian Perisikan berjaya mengenal pasti dalang letupan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait,- Sehari setelah serangan pengganas di barat laut kota Mahabad Iran, Kementerian Perisikan berjaya mengenal pasti dalang letupan itu.

"Letupan di Mahabad mirip seperti serangan bom sebelum ini yang ingin merosakkan perpaduan Syiah" Fars News mengutip kata-kata Menteri Perisikan Heidar Moslehi kelmarin.

Pegawai Iran ini juga menambah, maklumat yang diperlukan sudah diserahkan kepada berbagai badan berkanun supaya berwaspada terhadap ancaman Mahabad.

Bom meletup di daerah timur Azarbaijan pada hari Rabu yang menyebabkan 12 orang maut dan lebih 80 yang lain cedera.

Serangan pengganas ini menggunakan kaedah penanaman bom dalam pohon cemara yang diletakkan berhampiran sebuah perarakan. pihak polis menyatakan mereka telah menahan dua orang yang mempunyai hubungan dengan serangan pengganas ini.